Enam pendaki berjaya dibawa keluar, dirawat di Klinik Kesihatan Pos Kemar

GERIK – Enam individu yang menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan, selamat dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, mangsa dibawa keluar dari Kem Kulim dan tiba di Kampung Lelar sekitar jam 8.45 malam. 

“Semua mangsa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pos Kemar dan berada dalam keadaan baik serta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Beliau berkata, mangsa sebelum ini berkumpul di Kem Kulim bersama pasukan penyelamat sebelum meneruskan perjalanan ke Pos Kemar.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Operasi membawa keluar mangsa turut dibantu pasukan malim gunung dari Perak dan Kelantan melibatkan 10 anggota.

Sebelum ini, Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39; dan isteri, Siti Zulaiha Norizan, 39; serta anak, Diya Raisha, 13; dan Ahmad Raef, 9; serta dua malim gunung Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu pada 29 Ogos lalu.

Mereka dilaporkan gagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkan iaitu 3 September dan ahli keluarga membuat laporan polis semalam. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *