Nahas Terowong Menora: Polis akan rakam keterangan suami mangsa

IPOH – Polis akan merakam keterangan suami mangsa kemalangan maut di Kilometer 264 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora di sini pada Ahad lalu, dalam masa terdekat.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 29 tahun itu telah dibenarkan keluar hospital dan keterangannya akan diambil bagi membantu siasatan.

“Keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kita akan menghubungi lelaki itu bagi melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kemalangan di KM264 arah selatan itu menyebabkan seorang wanita Nur Fatihah Badrul Hisyam, 25, yang hamil lapan bulan dan anaknya berusia dua tahun Naira Falisya Abdul Rahman meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka terbabas.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Naira Falisya maut di lokasi kejadian, manakala Nur Fatihah disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Berdasarkan video nahas yang tular di media sosial, Nur Fatihah juga dilanggar sebuah kenderaan, namun pemandu itu didakwa tidak berhenti untuk membantu mangsa, sebaliknya meneruskan perjalanan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *