KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor kini sedang melakukan kerja-kerja memadam api kebakaran melibatkan paip gas sepanjang 500 meter di sebuah stesen minyak di Jalan Putra Harmoni, Puchong, dekat sini, berhampiran kawasan perumahan awam.
Dalam masa sama, pasukan keselamatan itu juga menjalankan kerja-kerja pemindahan penduduk sekitar.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.10 pagi, sebelum jentera pertama dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Subang Jaya tiba di lokasi pada jam 8.22 pagi.
Sebanyak 41 anggota dari sembilan balai bomba bersama 17 jentera digerakkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran dan menjalankan kerja pemindahan penduduk sekitar.
Komander Operasi Mohamad Fadhil Buari memaklumkan, api sedang marak ketika pasukan tiba dan tindakan segera diambil untuk mengawal kawasan serta menyejukkan saluran gas terlibat.
Katanya, punca kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran paip gas milik Petronas.
Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan dan operasi masih dijalankan.
Tags: kebakaran, saluran gas, Putra Heights, JBPM Selangor, pemindahan penduduk, gas bocor, bomba
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001