Mayat kru bot nelayan jatuh di Pulau Segantang ditemukan

Mayat kru bot nelayan jatuh di Pulau Segantang ditemukan

ALOR SETAR – Mayat seorang kru bot nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh di perairan Pulau Segantang dekat Langkawi pada Ahad lepas telah ditemukan semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, mayat Musliandee Mustafa Kamal, 45, dijumpai pada jam 4.25 petang.

“Terdapat maklumat mengenai penemuan satu mayat terapung di 3.8 batu nautika tenggara Pulau Ajar. Bot KILAT 6 yang dikerahkan ke lokasi telah menjumpai dan membawa naik mayat berkenaan ke atas bot.

“Mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan polis telah mengesahkan mayat yang ditemukan itu sama seperti mangsa yang dilaporkan terjatuh dari bot nelayan Ahad lalu,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.35 petang. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *