Bahagian awam IPO Chemlite Innvovation terlebih langganan 32.41 kali

Bahagian awam IPO Chemlite Innovation terlebih langganan 32.41 kali

14/03/2025

KUALA LUMPUR – Chemlite Innovation Berhad (Chemlite Innovation) pembekal perkhidmatan sokongan kejuruteraan terkenal yang mengkhusus dalam perkhidmatan rawatan kemasan permukaan, mengumumkan peruntukan tawaran awam permulaan (IPO) untuk awam telah terlebih langganan 32.41 kali.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Chemlite Innovation Berhad, Chong Yuen Fong berkata, pihaknya menerima 9,288 permohonan untuk 882,279,300 saham dengan jumlah nilai RM220,569,825.00 telah diterima daripada orang awam Malaysia.

“Permintaan kukuh untuk saham kami adalah bukti keyakinan pelabur terhadap model perniagaan Chemlite Innovation, keupayaan teknikal dan potensi pertumbuhan.

“Dengan dana dikumpul, kami berada pada kedudukan baik untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran kami, melabur dalam penyelidikan dan pembangunan serta mengembangkan penawaran perkhidmatan untuk memenuhi pelanggan dengan lebih baik dalam pelbagai industri,” katanya.

Sempena penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities), Chemlite Innovation menawarkan 120 juta saham terbitan awam.

Semua saham itu diperuntukkan dengan 30 juta Saham Terbitan disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia; 21 juta saham dikhaskan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak serta orang yang telah menyumbang kepada kejayaan syarikat serta anak syarikatnya (Orang Yang Layak).

Sebanyak 54 juta saham diperuntukkan kepada penempatan persendirian untuk pelabur institusi dan/atau terpilih yang dikenal pasti; 15 juta saham lagi kepada pelabur Bumiputera yang dikenalpasti yang diluluskan oleh MITI, dan tawaran untuk jualan sebanyak 60 juta saham diberi melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh MITI.

Syarikat juga memperuntukkan 30 juta saham kepada orang awam Malaysia melalui proses pengundian, di mana 15 juta saham mewakili 2.5 peratus daripada modal saham terbitan syarikat yang diperbesarkan, diketepikan untuk pelabur Bumiputera.

Di samping itu, 21 juta saham yang disediakan untuk permohonan oleh Orang Yang Layak telah dilanggan sepenuhnya.

Yuen Fong memberitahu, Ejen Penempatan telah mengesahkan 54 juta saham yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan/atau terpilih yang dikenal pasti telah dikeluarkan sepenuhnya.

“Begitu juga 75,000,000 Saham IPO (terdiri daripada 15,000,000 Saham Terbitan dan 60,000,000 Saham Tawaran) yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh MITI telah dilanggan sepenuhnya,” tambahnya.

UOB Kay Hian Securities (M) Sdn. Bhd. berkhidmat sebagai Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk Chemlite Innovation. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *