Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya

13/03/2025

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, jam 9.48 pagi ini.

Beliau yang hadir bagi dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya itu sempat melambai tangan kepada petugas media.

Awani melaporkan, rakaman percakapan itu diteruskan oleh SPRM selepas tempoh cuti sakit Ahli Parlimen Bera itu tamat semalam.

Sebelum ini, Ismail Sabri sepatutnya dijadual hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada 5 Mac untuk memberi keterangan.

Namun, beliau tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan telah diberi sijil cuti sakit oleh doktor yang merawatnya sehingga semalam.

Jumaat lalu, pegawai SPRM turut menemu bual doktor yang merawat Ismail bagi menilai tahap kesihatannya selepas beberapa kali sijil sakit dikeluarkan.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang memaklumkan, Ismail Sabri akan diambil keterangan pada 13 Mac selepas difahamkan penyakit Ismail tidak begitu serius.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *