PM sertai 10,000 hadirin berbuka puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

PM sertai 10,000 hadirin berbuka puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

11/03/2025

PUTRAJAYA – Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, pada Isnin.

Beliau yang lengkap berpakaian baju Melayu berwarna biru muda tiba di pekarangan masjid sekitar jam 7 malam.

Majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Perbadanan Putrajaya (Ppj), serta beberapa rakan strategik itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa; dan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee.

Terdahulu, Perdana Menteri bersama hadirin mendengar ceramah khas bertajuk ‘Ramadan Pemacu Ummah MADANI’ yang disampaikan Datuk Badlishah Alauddin.

Selain itu, hadirin turut dihidangkan persembahan istimewa oleh kumpulan nasyid popular, Rabbani.

Dr. Mohd Na’im dalam kenyataan awal memaklumkan, program berbuka puasa itu bukan sekadar peluang untuk berkumpul beramai-ramai, tetapi menjadi platform memupuk kesedaran masyarakat mengenai pentingnya nilai kemanusiaan dan kepedulian terhadap golongan memerlukan.

“Melalui inisiatif ini, kita dapat menggalakkan semangat ukhwah, memupuk rasa kasih sayang dan menjalin hubungan lebih erat antara rakyat dan kerajaan,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *