Duran, Ronaldo bawa Al-Nassr ke suku akhir ACLE

Duran, Ronaldo bawa Al-Nassr ke suku akhir ACLE

11/03/2025

RIYADH – Jhon Duran meledak dua gol dan Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti untuk kemenangan 3-0 Al-Nassr ke atas kelab Iran, Esteghlal dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) yang membawa kelab Arab Saudi itu ke suku akhir.

Kemenangan di Riyadh hadir selepas seri 0-0 pada aksi pertama di Tehran minggu lalu. Aksi suku akhir akan berlangsung di Jeddah bermula dari 25 April.

Duran meletakkan Al-Nassr di depan pada minit kesembilan, dengan pemain Colombia itu melambung bola melepasi penjaga gol Esteghlal, Seyed Hossein Hosseini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Al-Nassr menambah jaringan menerusi sepakan penalti Ronaldo pada minit ke-27 selepas Mohammad Niknafs mengasari Sadio Mane.

Nasib Esteghlal bertambah malang apabila pemainnya, Mehran Ahmadi dibuang padang kerana mengasari Mohammed Al-Fatil di akhir babak pertama.

Duran meledak gol keduanya enam minit sebelum tamat aksi di Al Awwal Park.

“Saya rasa kami bermain dengan baik. Kami mencipta banyak peluang dan menjaringkan tiga gol. Kami memperoleh hasilnya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Kami menekan dengan baik, mengasak mereka dan memaksa mereka melakukan kesilapan untuk kami menjaringkan tiga gol,” kata Mane. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *