Dua sukarelawan maut, lapan cedera dalam serangan di Narathiwat

Dua sukarelawan maut, lapan cedera dalam serangan di Narathiwat

09/03/2025:

NARATHIWAT – Dua anggota sukarelawan pertahanan terkorban, manakala lapan cedera dalam insiden letupan bom di Daerah Sungai Golok, Narathiwat.

Dalam insiden kira-kira jam 7 malam (waktu tempatan) Sabtu, sekumpulan lelaki bersenjata menaiki dua kenderaan pacuan empat roda menyerang Pejabat Daerah Sungai Golok.

Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Lt. Kol. Pol. Nitti Suksang mengesahkan kumpulan itu melepaskan tembakan dan melontar bom tangan ke arah sukarelawan pertahanan yang sedang bertugas.

“Dalam serangan itu, dua anggota sukarelawan pertahanan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga cedera parah dan lima cedera ringan,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Menurut Nitti, semua mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.

Polis menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif dan suspek yang terlibat dalam serangan itu, katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *