Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar 'Bantuan Ramadan'

Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Tengku Afzan tawar ‘Bantuan Ramadan’

07/03/2025:

KUANTAN – Istana Pahang menafikan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan nama anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang menawarkan ‘Bantuan Ramadan’ kepada orang ramai.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di Facebook memaklumkan terdapat satu tawaran ‘Bantuan Ramadan’ yang tersebar di aplikasi TikTok, menggunakan nama @tpafzanaminahafidzatul menyatakan bantuan bernilai RM1,000 akan diberikan kepada orang ramai.

“Penyamar itu memberitahu bahawa bantuan Ramadan tersebut akan dikurniakan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kepada orang ramai.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Orang ramai diminta untuk tidak mempercayai dan lebih berhati-hati dengan kewujudan akaun palsu khususnya yang membawa kepada kegiatan penipuan dalam talian,” menurut hantaran itu.

Istana Pahang juga berharap orang ramai akan memastikan dahulu kesasihan sesuatu perkara melalui portal dan akaun rasmi iaitu Kesultanan Pahang dan Istana Pahang sahaja. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *