Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini

04/03/2025:

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini dalam usaha memenuhi keperluan perjalanan sempena sambutan Aidilfitri.

KTMB dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, perkhidmatan tambahan itu melibatkan dua perjalanan bagi laluan KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral serta dua perjalanan bagi laluan KL Sentral – Butterworth – KL Sentral.

“Langkah ini diambil bagi menampung permintaan tinggi susulan tiket perkhidmatan tren ETS sedia ada telah habis dijual.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sepanjang tempoh operasi, tren ETS tambahan akan menawarkan 1,260 tempat duduk sehari, termasuk pilihan tempat duduk kelas perniagaan dengan jumlah keseluruhan 12,600 tempat duduk disediakan bagi memenuhi permintaan pengguna,” menurut kenyataan itu.

KTMB memaklumkan, tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual hari ini (4 Mac) bermula pukul 10 pagi.

Tiket boleh didapati secara tanpa tunai melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my, atau di mesin kios KTMB.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau melayari platform media sosial rasmi KTMB. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *