Kebakaran terbesar dalam tempoh tiga dekad, ribuan penduduk selamatkan diri

Kebakaran terbesar dalam tempoh tiga dekad, ribuan penduduk selamatkan diri

03/03/2025:

TOKYO – Ribuan penduduk dipindahkan dari pelbagai kawasan di utara Jepun apabila bencana kebakaran dahsyat yang dikatakan terbesar dalam tempoh tiga dekad semakin marak pada Ahad.

Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya seorang maut dalam tragedi itu.

Kira-kira 2,000 orang telah meninggalkan kediaman masing-masing di bandar Ofunato di utara Jepun, untuk tinggal di rumah rakan atau saudara-mara, sementara lebih daripada 1,200 orang kini ditempatkan di pusat perlindungan sementara, menurut pihak berkuasa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kita masih memeriksa luas kawasan terjejas namun kejadian ini adalah yang terbesar sejak kebakaran tahun 1992 di Kushiro, Hokkaido,” ujar jurucakap agensi pengurusan bencana pada Sabtu.

Terdapat laporan yang menjangkakan kebakaran itu sudah menjejaskan kawasan seluas 1,800 hektar.

Stesen penyiaran Japan Broadcasting Corporation (NHK) turut menunjukkan visual mencemaskan dari pandangan udara, dengan kepulan asap tebal masih belum reda sejak empat hari lalu, sementara helikopter milik tentera sedang berusaha memadamkan api.

Satu jasad yang rentung telah ditemui setakat ini, sementara lebih daripada 80 bangunan musnah. Kira-kira 1,700 anggota bomba yang dikerahkan kini bertungkus-lumus menyelamatkan penduduk serta memadamkan kebakaran.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *