Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS

03/03/2025:

WASHINGTON – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico, lapor The Washington Post pada Sabtu dengan memetik pegawai pertahanan AS, menurut Xinhua.

Laporan itu menyatakan, Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth meluluskan arahan berkenaan pada Jumaat.

Pasukan yang dihantar termasuk elemen pasukan tempur briged Stryker dan batalion penerbangan sokongan am yang akan tiba di sepanjang sempadan hampir 3,218.7 kilometer (2,000 batu) dalam beberapa minggu akan datang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Anggota tentera baharu akan “mengukuhkan dan memperluas operasi keselamatan sempadan semasa bagi menutup sempadan serta melindungi integriti wilayah Amerika Syarikat”, menurut Pentagon pada Sabtu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *