Seni Jaya umum rekod untung sebelum cukai RM6.3 juta, naik 132.3 peratus

Seni Jaya umum rekod untung sebelum cukai RM6.3 juta, naik 132.3 peratus

27/02/2025:

KUALA LUMPUR – Seni Jaya Corporation Berhad (Seni Jaya), pakar media luar (OOH) yang dinamik dan terkemuka di Malaysia, mengumumkan keputusan kewangannya yang belum diaudit untuk suku kedua berakhir 31 Disember 2024 (S2 TK2025), dengan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM6.3 juta.

Kumpulan juga mencatatkan pertumbuhan hasil tahun ke tahun (YoY) sebanyak 31.4 peratus kepada RM19.2 juta, berbanding RM14.6 juta pada S2 TK2024.

Prestasi kukuh ini didorong oleh permintaan yang semakin meningkat untuk papan iklan digital, mencerminkan peralihan industri ke arah penyelesaian pengiklanan luar yang dinamik dan komprehensif.

Pelaburan strategik Seni Jaya dalam aset digital dalam beberapa tahun kebelakangan ini menghasilkan pulangan ketara, mengukuhkan kepimpinannya dalam landskap OOH yang semakin berkembang.

Ketua Pegawai Eksekutif Seni Jaya Corporation Berhad, Jeff Cheah See Heong berkata, prestasi cemerlang S2 TK2025 menggariskan kejayaan pelaburan strategik dalam pengiklanan digital.

“Permintaan berterusan untuk papan iklan digital telah memacu pertumbuhan hasil, mengukuhkan lagi kepimpinan pasaran dalam sektor OOH Malaysia. Kami kekal komited terhadap inovasi, memanfaatkan penyelesaian terdorong data untuk meningkatkan penglibatan khalayak dan memaksimumkan ROI untuk pelanggan,” katanya.

Beliau menambah, dengan pembandaran yang pesat dan peningkatan trafik jalan raya, penyelesaian pengiklanan dengan keterlihatan tinggi akan kekal dalam permintaan tinggi.

Pelaburan berterusan syarikat dalam papan iklan digital format besar akan mengukuhkan lagi kehadiran pasaran dan menyokong pertumbuhan pendapatan jangka panjang yang mampan.

Melangkah ke hadapan, Seni Jaya akan terus mengembangkanaset media digitalnya, melabur dalam analisis dipacu AI untuk pengiklanan yang disasarkan, dan meningkatkan penglibatan pengguna melalui format pengiklanan yang inovatif. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *