Sunzen rekod lonjakan keuntungan sebelum cukai 236.4 peratus

Sunzen rekod lonjakan keuntungan sebelum cukai 236.4 peratus

26/02/2025:

PETALING JAYA – Sunzen Group Berhad (Sunzen) merekodkan lonjakan 236.4 peratus suku ke suku tahun kedua dalam keuntungan sebelum cukai (PBT) untuk suku kedua berakhir 31 Disember 2024 (S2 TK2025).

Kumpulan melaporkan RM27.35 juta hasil untuk suku kedua TK2025, menandakan peningkatan 19.1 peratus suku ke suku daripada RM22.96 juta pada suku sebelumnya.

Pengarah Urusan Kumpulan Sunzen Group Berhad, Teo Yek Ming berkata, kejayaan pada suku kedua TK2025 mencerminkan kesan penjajaran semula strategik syarikat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Meninggalkan perniagaan yang merugikan sambil berkembang dalam sektor pertumbuhan tinggi telah membolehkan kami mengoptimumkan tumpuan dan meningkatkan keuntungan.

“Penjualan segmen Kesihatan Haiwan bukan sahaja telah mengukuhkan kunci kira-kira kami, tetapi juga telah meningkatkan rizab tunai sebanyak RM17.3 juta, memberikan kami fleksibiliti tambahan untuk meningkatkan perniagaan teras termasuk segmen peranti perubatan oftalmik yang baru diperolehi,” katanya.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2024 (6M TK2025), hasil berjumlah RM50.31 juta, dengan PBT sebanyak RM3.75 juta.

Memandangkan Kumpulan telah menukar akhir tahun kewangannya dari 31 Disember kepada 30 Jun pada 2024, tiada perbandingan tahun ke tahun (YoY) yang sepadan tersedia.  

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sunzen terus memanfaatkan kekuatannya dalam produk kesihatan, peranti dan perkhidmatan perubatan sert perkhidmatan pembiayaan pinjaman, berkembang ke pasaran berpotensi tinggi sambil mengekalkan pendekatan berdisiplin terhadap pertumbuhan dan keuntungan. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *