Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan – PM Anwar

22/02/2025:

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI yang benar-benar mengangkat suara dan kehendak rakyat.

“Saya tegaskan bahawa marcapada hari ini termasuk situasi geopolitik dan teknologi, menuntut mana-mana kerajaan untuk bergerak pantas dan berubah agar terus kekal relevan dan berfungsi dengan baik kepada seluruh lapisan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Amanat berkenaan disampaikan Anwar yang juga Menteri Kewangan sempena Permukiman Kerajaan MADANI 2025 selama dua hari di Bangi, Selangor, pada Jumaat.

Perdana Menteri berkata permukiman berkenaan membuka ruang sinergi dalam kalangan Jemaah Menteri bagi bersama-sama menambah baik, mengutarakan idea lebih segar dan merangka prakarsa yang strategik khususnya kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi negara.

— BERNAMA

 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *