22/02/2025:
KUALA LUMPUR – MSB Global Group Berhad (MSB Global) bakal menerbitkan 133 juta saham tawaran awam permulaan (IPO) baharu selepas menerima kelulusan dari Bursa Malaysia untuk disenaraikan ke Pasaran ACE.
Pemain terkemuka industri alat ganti sektor automotif berkata, IPO tersebut mewakili 21.8 peratus daripada modal terbitan diperbesarkan sebanyak 610 juta saham.
“Sebanyak 30.5 juta saham atau lima peratus daripada modal saham terbitan kumpulan yang diperbesarkan dengan 2.50 peratus kepada pelabur awam dan baki 2.5 peratus disediakan kepada pelabur awam Bumiputera.
Sebanyak enam juta saham akan diperuntukkan kepada pengarah yang layak, pengurusan kanan utama dan pekerja.
Sebanyak 76.25 juta atau 12.5 peratus daripada modal terbitan yang diperbesarkan dikhaskan penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Selebihnya 20.15 juta saham atau 3.30 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.
“Sebanyak 74 juta saham atau 12.13 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih,” kata Pengarah Urusan MSB Global Group Berhad, Datuk Ow Kee Foo.
IPO ini membuka peluang baharu untuk memacu inovasi, mengukuhkan jenama kami dan mempercepatkan pertumbuhan dalam industri alat ganti dan komponen selepas pasaran automotif.
“Komitmen kami terhadap kemajuan teknologi dan penambahbaikan berterusan akan membolehkan kami memperkenalkan kategori produk baharu, termasuk pengecas kenderaan elektrik (EV) berjenama dalaman, meningkatkan kecekapan operasi dan mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju industri,” ujarnya.
Pengarah Urusan M & A Securities Sdn. Bhd., Datuk Bill Tan berkata, reputasi kukuh MSB Global, rangkaian pengedaran yang luas dan pasukan kepimpinan yang kukuh meletakkannya sebagai calon luar biasa untuk Pasaran ACE.
Dengan keupayaan yang terbukti untuk menyesuaikan diri dan berinovasi, Kumpulan berada pada kedudukan baik untuk memanfaatkan peluang yang muncul, termasuk teknologi EV, memacu pertumbuhan jangka.
IPO ini akan memberikan momentum kepada MSB Global untuk meningkatkan operasinya dan merebut peluang pasaran baharu.
M & A Securities Sdn. Bhd. ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan untuk IPO ini. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001