Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil

22/02/2025:

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba pada tengah malam tadi.

Perkara ini disahkan anak beliau, Nashriq yang memaklumkan bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

“Benar, dimasukkan ke hospital pagi tadi. Sekarang bapa dalam keadaan stabil,” katanya.

Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Dalam pada itu, Nashriq turut memohon doa orang ramai agar bapanya dikurniakan kesihatan yang baik seperti sedia kala.

Media sebelum ini dimaklumkan mengenai laporan bekas Naib Presiden UMNO itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas pengsan dan tidak sedarkan diri.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *