Polis sahkan terima laporan polis dibuat Naib Canselor UKM

Polis sahkan terima laporan polis dibuat Naib Canselor UKM

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berhubung fitnah dan tohmahan dilontarkan kepadanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ada, kita terima dua laporan petang semalam (3 Februari) daripada Naib Canselor (UKM),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Mohd Ekhwan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Canselor UKM berkuat kuasa Ahad lalu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau turut memaklumkan satu laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan dibuat berhubung fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya.

Sebelum ini, ada pihak mendakwa hasil audit universiti tersebut menunjukkan wujud salah guna kuasa dan penyelewengan serta tidak mematuhi proses perolehan yang mengaitkan nama Mohd Ekhwan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *