PETALING JAYA – Selebriti Shahrol Azizie Azmi atau terkenal sebagai Shahrol Shiro membuat laporan polis berkait hantaran media sosial dimuat naik pelawak, Harith Iskander.
Dalam laporan dikongsi dalam laman Facebook, Shahrol juga membuat aduan terhadap seorang individu dikenali Cecelia Yap Song KL.
“Harith & Cecelia, repot polis ON,” kata Shahrol yang juga ahli Umno dalam hantaran itu.
Dalam laporan dibuat di IPD Kluang, Shahrol menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan, sambil mendakwa hantaran Harith dan komen Cecelia, menghina kesucian Islam dan mempermainkan nama Nabi Muhammad.
Minggu lalu, dalam hantaran Facebook, Harith secara berseloroh menyatakan “iman tergugat” apabila beliau mempertimbangkan untuk menikmati “Ham Sap Kopi”.
Harith membuat jenaka itu di tengah-tengah kontroversi sandwic ‘ham & cheese’ didakwa tidak mempunyai perakuan halal dengan produk itu dijual kedai serbaneka di Universiti Malaya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001