Bunuh isteri gara-gara video TikTok

JAKARTA – Seorang suami di Sumenep tergamak membunuh isterinya hanya kerana wanita itu bertindak ‘dingin’ selepas ditunjukkan sebuah kandungan video TikTok.

Kejadian berlaku pada Sabtu lalu di rumah pasangan itu sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Sumenep AKBP Henri Noveri Santoso berkata, suspek AH, 46, pada hari kejadian menunjukkan kandungan video TikTok mengenai nasihat tentang ketaatan isteri kepada suami.

“Bagaimanapun mangsa memberi respons yang dinilai oleh suspek sebagai dingin sehingga membuatkan AH marah dan menuduh isterinya mempunyai lelaki lain,” katanya kepada wartawan pada Selasa.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Henri berkata, suspek kemudian menampar pipi mangsa berkali-kali, selain memukulnya di bahagian kepala, badan dan paha selain menghentak kepala mangsa pada dinding.

“Hasil bedah siasat mendapati punca wanita itu meninggal dunia akibat hentakan kuat pada lehernya,” tambah Henri.

Suspek kini ditahan di balai polis Sumenep dan berdepan hukuman penjara 15 tahun.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *