Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit

Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit

KUALA TERENGGANU – Pesalah khalwat berulang selesai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, pada Jumaat.

Sebatan syariah yang hanya mengambil masa dua minit dilaksanakan pegawai sebat dari Penjara Marang, Terengganu.

Seramai 90 individu termasuk Exco Kerajaan Negeri turut menyaksikan pelaksanaan sebatan yang diadakan di Dewan ‘AAsim masjid berkenaan.

Terdahulu, pesalah Mohd Affendi Awang, 42, tiba di masjid berkenaan pada jam 2.28 petang dengan diiringi pegawai dan anggota penjara.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sejurus tiba, Mohd Affendi dibawa ke bilik khas bagi pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan.

Pelaksaan sebatan di khalayak itu dijalankan sekitar jam 2.50 petang dengan pesalah memakai baju penjara berwarna merah serta pelitup muka.

Selesai menjalani sebatan, pesalah sekali lagi dibawa ke bilik khas sebelum dibawa kembali ke Penjara Marang.

Mohd Affendi adalah individu pertama di Terengganu yang dihukum enam kali sebatan di khalayak ramai.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Hukuman itu diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada 20 November lalu setelah lelaki itu mengaku salah atas kesalahan khalwat berulang mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *