Pengambilalihan 28.53% Pegangan untuk Memanfaatkan Pertumbuhan dan Pengembangan MClean Technologies

Pemegang Saham Lulus Semua Cadangan Strategik Korporat MClean

KUALA LUMPUR – MClean Technologies Berhad (Mclean), penyedia penyelesaian pembersihan dan rawatan permukaan yang mantap, mengumumkan semua lima resolusi yang dibentangkan di Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) telah mendapat kelulusan dari pemegang sahamnya.

Antara resolusi yang diluluskan ialah pelaksanaan penempatan persendirian melalui penerbitan sehingga 49,300,000 saham biasa baharu, mewakili kira-kira 25 peratus daripada modal saham terbitan MClean, untuk mengumpul sehingga RM12.3 juta.

Dana tersebut digunakan untuk yang menyokong inisiatif pertumbuhan Syarikat, termasuk pemerolehan perniagaan acuan suntikan plastik dan keperluan modal kerjanya.

Accrelist Crowdfunding Pte. Ltd. (Accrelist), pemegang saham utama dalam MClean, juga diluluskan untuk melanggan sehingga 25 juta saham penempatan ini, untuk memudahkan sokongannya dalam hala tuju strategik Syarikat jika perlu.

Selain itu, pemegang saham juga meluluskan pengambilalihan We Total Engineering Sdn. Bhd. (We Total) perniagaan acuan suntikan plastik dengan pertimbangan RM6.04 juta.

Pemerolehan ini, sejajar dengan rancangan kepelbagaian Syarikat, dijangka meningkatkan penawaran perkhidmatan, keuntungan dan kedudukan pasaran MClean.

Selain itu, syarikat juga telah mendapat kelulusan pemegang saham untuk pengurangan modal sahamnya sebanyak RM35 juta yang akan digunakan bagi mengimbangi kerugian terkumpul dan bertujuan mengukuhkan kunci kira-kira syarikat serta meningkatkan fleksibiliti kewangannya.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Mclean, Datuk Dr. Terence Tea Yeok Kian berkata, kelulusan resolusi ini menandakan satu langkah penting ke hadapan untuk MClean.

“Pemerolehan perniagaan acuan suntikan plastik We Total dan kepelbagaian kami ke dalam sektor yang semakin berkembang ini selaras dengan visi kami untuk mencipta nilai jangka panjang yang mampan untuk para pemegang saham kami.

“Inisiatif ini, disokong oleh penempatan persendirian dan pengurangan modal saham, akan mengukuhkan asas kewangan kami, meluaskan penawaran perkhidmatan dan membuka peluang pertumbuhan baharu dalam industri permintaan tinggi,” katanya.

Beliau menambah, kelulusan semua resolusi itu melibatkan cadangan korporat strategik yang bertujuan untuk mengukuhkan prestasi dan kedudukan kewangan syarikat, mempelbagaikan aliran pendapatannya dan meningkatkan nilai pemegang saham.

Dengan sokongan pemegang sahamnya, MClean berada pada kedudukan baik untuk melaksanakan cadangan strategik ini, mewujudkan asas yang kukuh bagi pengembangan dan keuntungan jangka panjang.

“Syarikat kekal komited untuk menyampaikan nilai yang konsisten dan mencapai pertumbuhan yang mampan melalui operasi perniagaannya yang pelbagai,” tambahnya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *