KUALA LUMPUR – Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ProEight Sdn. Bhd., Ir. Azhar Zainal Abidin meninggal dunia kira-kira jam 5 pagi tadi.
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Muaz bin Jabal di Taman Setiawangsa pada jam 11.30 pagi dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-KARAK (Taman Selasih).
“Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Dengan rasa dukacita yang amat mendalam, kami sampaikan bahawa CEO ProEight Sdn Bhd, Hj. Ir Azhar bin Zainal Abidin telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu, 14 Disember 2024 pada jam 5 pagi.
“Semoga Allahyarham husnul khotimah dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan,” demikian info yang diterima menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.
Allahyarham Hj Azhar adalah pengasas firma kejuruteraan terkemuka yang mengkhusus dalam inovasi, reka bentuk dan pembuatan pengedap mekanikal, bahagian pam serta sistem sokongan pengedap untuk industri minyak dan gas.
NasionalDaily mendoakan semoga roh Allahyarham Hj. Azhar dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan solihin. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252