BERITA UTAMA
Banjir di 7 negeri makin reda, 50,765 mangsa di 186 PPS

Kuala Krai kembali banjir susulan hujan lebat

KOTA BHARU – Kuala Krai kembali dilanda banjir hari ini susulan kawasan di Dabong dinaiki air ekoran hujan lebat sejak semalam.

Jumlah penduduk yang dipindahkan adalah seramai 22 mangsa daripada tujuh keluarga yang berlindung di Sekolah Kebangsaan Sri Mahligai.

Sebelum ini, semua PPS di Kuala Krai sudah ditutup kelmarin selepas banjir di daerah berkenaan pulih sepenuhnya, lapor BHNews.

Malam tadi, Jeli kembali dilanda banjir dengan satu PPS dibuka semula malam ini susulanhujan lebat sejak petang semalam.

Seramai 19 mangsa membabitkan empat keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah.

Sebelum ini, PPS Jeli sudah ditutup sejak tiga hari lalu selepas banjir di daerah berkenaan pulih sepenuhnya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *