KUALA LUMPUR – Jumlah negeri yang terjejas akibat banjir terus meningkat apabila sehingga jam 11.25 malam tadi, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Klang, Selangor dibuka.
Mengikut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat ini, sebuah PPS dibuka di Meru bagi menempatkan enam mangsa.
Ini menjadikan jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus melonjak secara ketara iaitu 68,985 orang, membabitkan 21,462 keluarga.
Setakat malam ini, jumlah mangsa banjir di Kelantan adalah 56,091 orang dengan 220 PPS dibuka ketika ini di 10 daerah terjejas.
Di Terengganu, jumlah mangsa semasa adalah 11,032 membabitkan 3,245 keluarga.
Kedah turut mencatatkan peningkatan mangsa banjir iaitu 1,509 dengan sebanyak 29 PPS dibuka di lima daerah terjejas.
Sementara itu, di negeri lain iaitu Perak, jumlah mangsa adalah 20 orang dengan hanya sebuah PPS dibuka, manakala Perlis, 331 mangsa dengan empat buah PPS beroperasi.
Peratusan penggunaan PPS di seluruh negara turut meningkat kepada 42 peratus ketika ini.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252