BERITA UTAMA
Ananda Krishnan meninggal dunia

Ananda Krishnan meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pengerusi Usaha Tegas Sdn. Bhd., Ananda Krishnan Tatparanandam meninggal dunia, di usia 86 tahun, pada Khamis.

Perkara itu disahkan syarikat pegangan pelaburan itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

“Dengan rasa dukacita, kami ingin mengumumkan berita mengenai pemergian Pengerusi kami (Usaha Tegas Sdn Bhd.), Ananda Krishnan Tatparanandam.

“Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024.”

Menurut kenyataan itu lagi, sumbangan mendiang dalam pembangunan negara dan dunia korporat sepanjang hayat amat besar.

“Sifat filantropinya juga memberi kesan serta kenangan yang kepada semua menjadikan beliau sebagai seorang tokoh yang disegani dan dihormati,” tulis kenyataan itu lagi yang turut meminta agar orang ramai menghormati privasi keluarga mendiang dalam tempoh berkabung ketika ini.

Ananda Krishnan merupakan pengasas syarikat pengendali mudah alih kedua terbesar di Malaysia, Maxis Berhad, serta syarikat penyiaran dan media Astro Malaysia Holdings Bhd.

Beliau juga memiliki pegangan besar dalam syarikat penyedia perkhidmatan lapangan minyak, Bumi Armada Bhd, melalui Objektif Bersatu Sdn. Bhd.

Pada April lalu, majalah Forbes menyenaraikan Ananda Krishnan sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$5.1 bilion (RM22.66 bilion), selepas hartawan hotel dan hartanah Robert Kuok serta Quek Leng Chan dari Hong Leong.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *