TopVision bakal raih RM17.89 juta daripada IPO Pasaran ACE

TopVision bakal raih RM17.89 juta daripada IPO Pasaran ACE

KUALA LUMPUR – TopVision Eye Specialist (TopVision) pemain berpengalaman dalam perkhidmatan penjagaan perubatan mata di Malaysia, menyasarkan untuk mengumpul RM17.89 juta melalui terbitan 54.22 juta saham biasa baharu pada harga runcit RM0.33 sesaham.

IPO tersebut adalah sempena pelancaran prosektus berikutan pemindahan penyenaraian TopVision daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

Dana yang diraih dari IPO itu RM7.90 juta akan digunakan untuk penubuhan TopVision International Eye Specialist Centre di Lembah Klang, pusat penjagaan ambulatori mata tertiari dengan perkhidmatan subkepakaran seperti pembedahan retina, pemindahan kornea, dan oftalmologi pediatrik untuk memenuhi keperluan pesakit dan meningkatkan standard penjagaan kesihatan mata.

Manakala RM5 juta untuk mengembangkan rangkaian ACC dengan pusat baharu di Kuala Terengganu dan Tawau, Sabah, memperluaskan kehadiran TopVision di Malaysia Timur dan meningkatkan akses kepada penjagaan mata yang berkualiti.

RM0.50 juta untuk pembelian mesin, termasuk mesin fakoemulsifikasi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di seluruh rangkaian TopVision.

Baki RM4.50 juta digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian bagipemindahan penyenaraian daripada Pasaran LEAP kePasaran ACE Bursa Securities.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif TopVision Dr. Peter Chong Kuok Siong berkata, pihaknya sangat teruja untuk melancarkan prospektus syarikat, menandakan satu lagi pencapaian TOPVISION dalam proses pemindahan penyenaraiannya ke Pasaran ACE.

“Langkah ini bukan sahaja mempercepatkan pertumbuhan kami tetapi menggariskan komitmen kami untuk memajukan penjagaan kesihatan mata di seluruh Malaysia.

“Dengan dana yang dikumpul, kami akan mengembangkan rangkaian ACC kami, menubuhkan TopVision International, dan melabur dalam mesin baharu, semuanya bertujuan untuk meningkatkan penjagaan pesakit.

“Penyenaraian ini mencerminkan dedikasi kami terhadap pertumbuhan yang mampan, kecemerlangan klinikal dan misikami untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit kami,” katanya di sini, hari ini.

Ketua Pasaran Ekuiti Hong Leong Investment Bank Berhad, Phang Siew Loong berkata, peralihan TopVision ke Pasaran ACE menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan pertumbuhannya.

“Kami berbangga untuk menyokong TopVision kerana ia membina asas kukuh kecemerlangan klinikal dan penjagaan berpusatkan pesakit.

“Dengan penyenaraian ini, TopVision berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkatuntuk penjagaan mata khusus, sejajar dengan matlamat penjagaan kesihatan Malaysia dan membuka jalan bagipertumbuhan dan inovasi yang mampan dalam sektor ini,” katanya.

Hong Leong Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Pemilik Buku Tunggal. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *