BERITA UTAMA
PKR akan lapor polis dakwaan cuba lindungi skandal rasuah Sabah

PKR akan lapor polis dakwaan cuba lindungi skandal rasuah Sabah

PETALING JAYA – PKR Sabah akan membuat laporan polis atas dakwaan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim cuba melindungi beberapa ADUN Sabah dikaitkan dengan dakwaan skandal rasuah.

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, tuduhan palsu berhubung dakwaan itu dibuat menerusi beberapa akaun TikTok dan Facebook.

Beliau berkata, akaun itu turut mendakwa Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH), cuba melindungi ADUN terbabit untuk membantu PH berunding lebih banyak kerusi bagi PRN Sabah akan datang.

“Tuduhan ini tidak berasas dan berniat jahat mencemarkan nama baik perdana menteri, yang terkenal dengan pendiriannya menentang rasuah dan salah guna kuasa,” katanya menurut The Borneo Post.

Beliau menggesa semua pihak memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes itu dan yakin Anwar tidak akan campur tangan dalam siasatan.

SPRM sedang menyiasat dakwaan lesen projek mineral, di mana seorang ahli perniagaan dikatakan mempunyai urusan dengan beberapa Adun Sabah.

Laporan polis dan SPRM dibuat terhadap bekas ketua pegawai eksekutif Sabah Mineral Management Sdn Bhd, Jontih Enggihon yang didakwa bersekongkol dengan seorang saksi dipercayai berada di sebalik beberapa video dakwaan rasuah membabitkan ADUN.

Jontih menafikan dakwaan itu dengan berkata, tuduhan beliau menjadi orang tengah antara pemberi maklumat dan Adun ialah pembohongan.

SPRM dilaporkan berkata, permintaan untuk imuniti oleh saksi itu ditolak kerana dia mungkin terlibat dalam dakwaan rasuah berkenaan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *