RIGA – Sekurang-kurangnya seorang maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah pesawat kargo yang beroperasi bagi pihak DHL dari Leipzig terhempas di sebuah bangunan kediaman berhampiran Lapangan Terbang Vilnius, menurut Agensi Berita BNS.
Laporan itu memetik kenyataan seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan, sebagaimana dilaporkan oleh agensi berita Jerman dpa.
Laporan awal menunjukkan terdapat empat orang di dalam pesawat malang itu dan kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Petugas kecemasan kini berada di lokasi kejadian dan punca kemalangan masih belum diketahui.
Data awal menunjukkan bahawa pasukan penyelamat menerima laporan sekitar 5.28 pagi (0328 GMT) mengenai pesawat kargo yang terhempas di sebuah bangunan kediaman dua tingkat, yang kini dilaporkan terbakar.
Ketua anak syarikat DHL Lithuania mengesahkan bahawa pesawat itu milik kontraktor syarikat berkenaan. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252