BERITA UTAMA

Suspek kes buli penuntut UPNM dituduh esok – Polis

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak akan dituduh di mahkamah, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata, pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi.

Pertuduhan itu, katanya, akan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Rusdi memberitahu, perkara itu diputuskan selepas mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara.

Sebelum ini, media melaporkan satu lagi kejadian buli dilaporkan di UPNM membabitkan pelatih tahun satu yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.

Kejadian dilaporkan pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelajar tahun dua universiti berkenaan ditekap dengan seterika oleh pelajar tahun empat.

Rusdi dilaporkan berkata, ketika kejadian mangsa sedang berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.

Mangsa berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *