Pemain Serbia cedera tiru 'siuu' Ronaldo

Pemain Serbia cedera tiru ‘siuu’ Ronaldo

ZURICH, Switzerland – Pemain Serbia, Aleksa Terzic mendapat malu dan sakit selepas meniru gaya Cristiano Ronaldo meraikan jaringan.

Selepas menjaringkan gol penyamaan lewat permainan ketika aksi Liga Negara-Negara UEFA menentang Switzerland di Stadium Letzigrund, Terzic melompat untuk melakukan ‘siuu’ seperti Ronaldo, tetapi gagal mendarat dengan betul sehingga terseliuh.

Bintang RB Salzburg itu kelihatan menahan kesakitan ketika dikerumuni rakan sepasukan, dan dia dikeluarkan oleh pengendali, Dragan Stojkovic walaupun hanya berbaki masa kecederaan untuk diharungi.

“Saya mengimpikan gol seperti ini. Saya memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan. Impian saya menjadi kenyataan, selagi tidak ada kecederaan!” kata Terzic.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Switzerland memecah kebuntuan pada minit ke-78 menerusi Zeki Amdouni sebelum Terzic menyamakan kedudukan 10 minit kemudian.

Switzerland kekal di tangga tercorot Kumpulan A4 selepas hanya mengutip dua mata daripada lima perlawanan, manakala Serbia di tangga ketiga pada lima mata.

Awal pagi nanti, Switzerland akan menentang juara kumpulan, Sepanyol manakala Serbia berpeluang melonjak ke tangga kedua sekiranya dapat menewaskan Denmark yang mengumpul tujuh mata. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *