Konsul Jeneral Malaysia, Menteri Keadilan Thailand tinjau keadaan Penjara Narathiwat

Konsul Jeneral Malaysia, Menteri Keadilan Thailand tinjau keadaan Penjara Narathiwat

NARATHIWAT – Menteri Keadilan Thailand Tawee Sodsong bersama Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi mengadakan lawatan ke Penjara Narathiwat bagi meninjau keadaan dan layanan terhadap banduan, khususnya banduan warga Malaysia.

Ahmad Fahmi berkata secara keseluruhannya, beliau mendapati layanan penjara terhadap semua banduan, termasuk banduan Malaysia yang beragama Islam, adalah sangat baik kerana kemudahan seperti makanan halal dan tempat solat disediakan.

“Saya telah berjumpa dengan banduan Malaysia. Alhamdulillah, keadaan mereka sihat dan baik,” katanya kepada pemberita pada Ahad selepas melawat penjara itu untuk meninjau layanan pihak penjara terhadap tahanan warga Malaysia di situ.

Mengulas mengenai sekumpulan warga Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat wanita dari Kelantan yang ditahan di sini baru-baru ini atas kesalahan penyalahgunaan dadah, Ahmad Fahmi berkata siasatan pihak polis Thailand berhubung dakwaan pemilikan dadah masih dijalankan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, Tawee berkata lawatan itu diadakan untuk memberi peluang kepada wakil Malaysia melihat sendiri sistem keadilan Thailand dan layanan terhadap banduan yang sedang menjalani hukuman.

Katanya, banduan Malaysia yang memerlukan peguam boleh membuat permohonan melalui mahkamah dan peguam bela akan disediakan secara percuma.

“Kami membenarkan setiap banduan untuk bertemu dengan 10 orang waris, sama ada secara dalam talian atau bersemuka, selama 15 minit,” katanya.

Tawee turut memaklumkan bahawa Penjara Narathiwat kini menempatkan 2,860 banduan, dengan 95 peratus daripadanya adalah banduan Muslim, manakala 85 peratus kes melibatkan kesalahan penyalahgunaan dadah.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada 1 Nov lepas, enam warga Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Narkotik Balai Polis Sungai Golok di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok sekitar 5 pagi atas kesalahan pemilikan dadah.

Hasil siasatan polis mendapati suspek dipercayai memiliki 6,000 biji “pil kuda” dan turut disabitkan kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah. – BERNAMA

 Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *