Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia

Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat dalam usia 78 tahun.

Perkara itu disahkan anak lelaki Allahyarham kepada Bernama.

Bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu difahamkan meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara pada petang Jumaat.

Difahamkan jenazah kini berada di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, di sini dan jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail, pada jam 9 pagi Sabtu untuk disembahyangkan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting termasuk menjadi Duta Malaysia ke Filipina dan Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di Kementerian Belia dan Sukan.

 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *