Pemandu rempuh, cuba langgar penunggang motosikal ditahan

Pemandu rempuh, cuba langgar penunggang motosikal ditahan

PETALING JAYA – Polis menahan seorang pemandu kereta kerana disyaki melanggar dua individu yang menaiki sebuah motosikal di Kuala Kurau, Perak yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Kerian, Juna Yusoff berkata, suspek ditangkap selepas salah seorang mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada Selasa lalu.

Katanya, dalam laporan itu mangsa bersama rakannya cuba menahan kenderaan dinaiki suspek kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan individu lain dan melarikan diri.

“Susulan daripada itu, polis berjaya menangkap suspek lelaki dan turut merampas sebuah kereta yang digunakan dalam kejadian tersebut untuk tindakan lanjut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini tular satu video, sebuah kereta jenis Toyota Vios merempuh belakang motosikal yang ditunggang dua lelaki hingga menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh.

Kenderaan itu kemudiannya dilihat mengundur sebelum melanggar motosikal itu sekali lagi.

Pemandu kereta itu juga cuba melanggar salah seorang mangsa sebelum bertindak melarikan diri.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *