PETALING JAYA – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan tiada keperluan untuk pihaknya merombak pentadbiran Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) susulan kejadian buli dalam kalangan kadet seperti dilaporkan.
Menurut Mohamed Khaled, ketika ini pihaknya akan terus menjalankan siasatan berhubung apa yang berlaku di ALK sebelum ia dibawa ke fasa tindakan seterusnya.
“Buat masa ini kita akan tengok semua hasil siasatan di mana kelemahan dan sebagainya dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Integriti Kementerian Pertahanan 2024 di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai cadangan pelantikan warden asrama di ALK dari kalangan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau berkata, masih tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252