KUALA LUMPUR: Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin percaya pelumba negara mempunyai keupayaan untuk menjuarai kedua-dua gelaran dunia di FIM MiniGP Dunia Final 2024 di Aragon, Sepanyol, minggu depan.
Malaysia menyenaraikan lima pelumba diketuai penyandang juara dunia 160cc, Qabil Irfan Azlan, Farish Hafiy, Adam Danial dan Qayyim Razil dalam kelas perdana 190cc.
Dalam kelas 160cc, harapan Malaysia diletakkan kepada pelumba cilik kelahiran Terengganu, Ariel Marzuki.
Tetapi menariknya ketika Qabil, Farish dan Adam meraih tempat ke Sepanyol menerusi tiket FIM MiniGP Malaysia, Qayyim memperoleh peluang beraksi menggunakan slot sebagai juara FIM MiniGP Indonesia.
Zulfahmi yang bertanggungjawab menguruskan kesemua pelumba ini berkata, saingan FIM MiniGP Dunia Final 2024 di Aragon menghidangkan cabaran yang berbeza jika dibandingkan dengan litar di Valencia.
“Ciri litar di Aragon yang luas dan panjang akan menyaksikan pelumba berada di dalam kelompok yang besar ketika perlumbaan.
“Sasaran kami adalah merebut kedua-dua kejuaraan 190cc dan 160cc,” kata Zulfahmi.
Tahun lalu, Malaysia merangkul gelaran dunia dalam kelas 160cc menerusi Qabil.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252