BERITA UTAMA

PM zahir dukacita serangan bom militan di Quetta, Pakistan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian serangan bom yang mengerikan di Quetta, Pakistan.

Kejadian itu meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan menyebabkan ramai lagi cedera.

“Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan takziah yang mendalam kepada rakyat Pakistan yang sedang berkabung atas kehilangan yang tidak masuk akal dan memusnahkan ini.

“Perbuatan kejam dan keganasan menyasarkan orang awam dan anggota keselamatan adalah peringatan jelas mengenai ancaman berterusan dibawa oleh ekstremisme dan ideologi iaitu kuasa-kuasa yang merosakkan kemajuan dan keamanan dalam masyarakat Muslim,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Anwar berkata, Malaysia berdiri teguh dalam solidariti dengan Kerajaan Pakistan dalam usaha menentang keganasan.

Terdahulu media melaporkan, sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh, manakala lebih 40 cedera dalam letupan bom di sebuah stesen kereta api di Quetta, barat daya Pakistan, hari ini, menurut polis dan pegawai lain kepada Reuters.

Pakistan kini bergelut dengan peningkatan serangan oleh militan pemisah etnik di selatan dan pemberontak Islam di barat laut negara itu. -Berita Harian

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *