BERITA UTAMA

Ustaz Haslin sudah mampu senyum, beri isyarat’ bagus’

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim atau popular dengan gelaran Ustaz Bollywood yang menjalani pembedahan akibat diserang angin ahmar, Jumaat lalu kelihatan sudah mampu tersenyum ketika dikunjungi sahabatnya.

Perkara itu dilihat dalam video yang dikongsi sahabatnya Ustaz Abdullah Khairi.

Dalam video itu menunjukkan, Ustaz Haslim mampu memberi interaksi yang baik walaupun beliau dilihat tidak bercakap.

Beliau juga sempat mengangkat ibu jari tangan menunjukkan isyarat ‘bagus’ bersama Ustaz Abdullah Khairi.

“Alhamdulilah! Dah boleh tunjuk ‘thump up’. Hati ni dah rasa tenang dan bahagia. Allah sayang! Sahabatku ini… ini ujian untuk dia…. Haslin Baharim. Ramai yg datang dan doakan sahabatku ini,” katanya sambil memuat naik tanda pagar #rindusahabathaslinygdulu.

Perkongsian video itu juga menarik perhatian netizen yang bukan sahaja bersyukur dengan kesembuhan Ustaz Haslim namun berdoa untuk dipermudahkan segala urusan beliau.

Semalam, BH turut menyiarkan laporan keadaan Ustaz Haslim yang dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan akibat diserang angin ahmar, Jumaat lalu.

Menurut rakan baiknya, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu pada 30 Oktober lalu menerusi mesej dalam kumpulan sembang WhatsApp.

Ketika kejadian, Haslin bersama isteri serta beberapa kenalan mereka berada di Indonesia untuk ke Bogor bagi program lawatan di sana.

“Sebaik tiba di sana, Haslin mengalami pening sebelum dibawa menjalani pemeriksaan di hospital. Hasil pemeriksaan awal itu, mereka dimaklumkan dia mengalami gastrik.

“Bagaimanapun, keadaan Haslin semakin membimbangkan apabila percakapannya tidak jelas serta kurang daya ingatan menyebabkan mereka mengesyaki dia diserang angin ahmar,” katanya. – Berita Harian

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *