Penuntut universiti disyaki tipu lebih 20 NGO direman

Penuntut universiti disyaki tipu lebih 20 NGO direman

JITRA – Seorang penuntut lelaki sebuah universiti direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan orang awam dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Perintah reman terhadap penuntut berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Huda Idris di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Semalam, wakil NGO dari Pulau Pinang Eng Hiap Boon mendakwa lebih 20 NGO di seluruh negara sudah menjadi mangsa penipuan penuntut itu, namun tidak melaporkannya kerana ia mengugut untuk membunuh diri.

Difahamkan modus operandi penuntut terbabit adalah dengan memohon bantuan kewangan daripada NGO mahupun individu dengan mereka-reka cerita antaranya dia diugut ah long dan memerlukan bantuan untuk perubatan, selain menipu perlu membayar yuran pengajian universiti.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ketua Polis Kubang Pasu Rodzi Abu Hassan mengesahkan penahanan penuntut lelaki itu kira-kira jam 4 petang semalam ketika dipanggil memberi keterangan di IPD Kubang Pasu di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *