Remaja maut terperosok bawah MPV

Remaja maut terperosok bawah MPV

IPOH – Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Bandar Baru Tambun, dekat sini, awal pagi ini.

Remaja berusia 17 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh pihak perubatan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 12.19 pagi tadi.

“Kemalangan melibatkan sebuah motorsikal dengan sebuah MPV yang mengakibatkan seorang penunggang motorsikal telah terperosok di bawah kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, anggota bomba menggunakan ‘air lifting bag’ untuk meninggikan kenderaan dan memberi ruang bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I (TBK) Suhaimi Nijar tamat jam 1.46 pagi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *