Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan bunyikan siren bahaya tahap 3

Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan bunyikan siren bahaya tahap 3

ANKARA – Siren amaran bahaya tahap 3, yang menandakan risiko teruk, dibunyikan pada Ahad di pusat misi pasukan pengaman PBB (UNIFIL) di bandar Maarakeh, daerah Tyre, selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA).

Menurut NNA, amaran itu dikeluarkan ketika ketegangan di kawasan itu masih tinggi dengan pertempuran dan serangan rentas sempadan masih berterusan antara pasukan Israel dan kumpulan tempatan.

Kakitangan UNIFIL dan penduduk tempatan berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana situasi keselamatan di selatan Lubnan semakin meruncing.

Israel melancarkan kempen udara besar-besaran di Lubnan sejak akhir bulan lepas terhadap sasaran yang didakwa sebagai markas Hizbullah, mengorbankan lebih 1,500 orang dan menyebabkan lebih 1.34 juta orang kehilangan tempat tinggal.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pertempuran rentas sempadan antara kedua-dua pihak berlarutan sejak perang Gaza pada Oktober lepas. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *