Man United bangkit atasi Brentford

Man United bangkit atasi Brentford

MANCHESTER – Alejandro Garnacho dan Rasmus Hojlund menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Brentford di Old Trafford – kemenangan pertama mereka selepas lebih sebulan.

Kemenangan itu melonjak United ke tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris pada 11 mata selepas lapan perlawanan, sekali gus meredakan tekanan ke atas pengendalinya, Erik ten Hag. Brentford di tangga ke-12 pada 10 mata.

United hanya mempunyai 10 pemain di atas padang ketika Ethan Pinnock menjaringkan gol untuk Brentford dalam masa kecederaan babak pertama. Ketika itu pengadil Sam Barrot mengarahkan Matthijs de Ligt menerima rawatan di luar padang akibat luka di kepalanya.

United bangkit di babak kedua dengan gol penyamaan Garbacho yang menyempurnakan hantaran lintang Marcus Rashford pada minit ke-47.

Hojlund memastikan kemenangan buat tuan rumah pada minit ke-62 hasil hantaran Bruno Fernandes, yang menguis bola menggunakan tumit untuk penyerang Denmark itu menewaskan penjaga gol, Mark Flekken. – REUTERS Radnedge)

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *