BERITA UTAMA
Wanita maut, lori ais dipandu suami rempuh belakang treler

Wanita maut, lori ais dipandu suami rempuh belakang treler

GOPENG – Seorang wanita maut selepas lori ais yang dipandu suaminya terlanggar belakang sebuah treler di Jalan Ipoh-Kampar, Kampung Pulai Gopeng Kinta, dekat sini, awal pagi ini.

Mangsa berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan manakala suaminya yang berumur 24 tahun mengalami kecederaan ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 5.12 pagi.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah lori ais satu tan jenis Isuzu melanggar belakang sebuah treler jenis Volvo.

“Seorang mangsa wanita berumur 28 tahun tersepit di bahagian kelindan lori ais dan disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Suami mangsa, pemandu lori ais berumur 24 tahun, mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya lagi, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, anggota bomba mengeluarkan mangsa yang disahkan meninggal menggunakan peralatan menyelamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Masjuliana Mohamad Zainudin tamat jam 6.49 pagi. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *