Los Angeles: Promoter popular, Eddie Hearn menyifatkan pertarungan membabitkan Mike Tyson dengan Jake Paul pada 15 November depan sebagai berbahaya dan tidak bertanggungjawab.
Walaupun menerima kritikan hebat, penganjur menjangkakan pertarungan itu akan mendapat sambutan hangat.
Arum, yang pernah menjadi promoter Tyson, turut bimbang mengenai keselamatan bekas juara heavyweight dunia yang tidak pernah tewas itu.
“Jawapannya adalah tidak (Tyson tidak boleh mengalahkan Paul). Seorang lelaki berusia 58 tahun, tidak kira betapa hebat mereka dahulu, tidak akan mampu bertarung.
“Anda tidak boleh melakukan pukulan seperti yang sepatutnya, anda tidak boleh melakukan banyak perkara.
“Saya harap Mike tidak cedera, tetapi saya hanya memberinya peluang yang sangat kecil (untuk menang),” katanya lagi.
Pertarungan itu pada asalnya dijadualkan pada 20 Julai lalu, tetapi ditangguhkan selepas Tyson mengalami ulser semasa berada di dalam kapal terbang.
Dia mahu pertarungan yang dijadualkan semula dengan Jake Paul diadakan antara Oktober sehingga Disember. – AGENSI
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252