Persoalannya, kenapa kuil? Sedangkan banyak kaedah lain boleh diketengahkan - Perkasa

Perkasa mohon cadangan tukar cuti di Johor dikaji semula – Irwan Fahmi

JOHOR BAHRU – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mohon pihak Istana Negeri mempertimbangkan semula cadangan mengembalikan cuti minggu dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad.

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berpendapat, cuti biasa yang dilaksanakan di negeri itu ketika ini sangat selesa terutama penjawat awam dan swasta yang dapat meluangkan masa berkualiti menunaikan solat Jumaat.

Katanya, apa yang dilaksanakan oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengumumkan cuti mingguan hari Jumaat pada 1 Januari 2014 ialah selepas melihat jemaah solat Jumaat tergesa-gesa pulang ke pejabat sehinggakan ada yang meninggalkan masjid tanpa menunggu imam selesai membaca doa.

“Justeru, Perkasa merayu kepada Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim supaya menimbangkan semula untuk menjadikan hari Jumaat sebagai hari bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas titah Tunku Mahkota Johor, mengenai mengenai cadangan mengembalikan cuti mingguan negeri itu mulai 1 Januari depan ialah Sabtu dan Ahad.

Menurut Irwan Fahmi, sebab utama Tuanku Sultan Ibrahim bertitah hari Jumaat sebagai cuti minggu ialah untuk memudah dan menggalakkan kaum bapa membawa anak-anak solat Jumaat.

Katanya, cuti Jumaat memberi masa secukupnya kepada jemaah tanpa perlu terburu buru menunaikan solat, malah mempunyai masa untuk berehat.

“Tambahan pula, pengurusan di pihak kerajaan negeri akan lebih mudah kerana tempoh waktu solat Jumaat adalah singkat jika cuti mingguan dikembalikan pada hari Sabtu dan Ahad.

“Perkasa menyuarakan kebimbangan rakyat Johor yang sudah selesa dengan cuti hari Jumaat mungkin akan mengalami kesulitan dalam menguruskan diri dan keluarga jika cuti ditukar.

“Kita harap pihak Istana Johor mendapatkan pandangan dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Pejabat Mufti Negeri serta Pejabat Menteri Besar mengenai keperluan cadangan ini,” katanya.

Katanya, Perkasa bersama NGO Melayu Islam di Johor merayu lagi sekali agar pertimbangan dari pihak Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail akan mendapat perhatian yang sewajarnya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *