“Iran enggan berperang, Israel paksa bertindak balas” - Presiden Massoud

“Iran enggan berperang, Israel paksa bertindak balas” – Presiden Massoud

DOHA – Iran tidak akan sama sekali berdiam diri sekiranya Israel bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu balistik yang dilancarkan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) pada Rabu.

Itu amaran Presiden Iran, Massoud Pezeshkian kepada Israel dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Bahkan, tegas Massoud, Iran “tidak mencari perang” tetapi Israel memaksa mereka untuk bertindak balas.

Beliau berkata, objektif Israel adalah untuk meluaskan keganasan di rantau itu dan menyalahkan rejim Zioni situ kerana enggan menerima keamanan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sehubungan itu, Massoud menegaskan, mahu mencegah dan menghentikan keganasan.

Presiden Massoud kini berada di Doha dalam rangka lawatan kerja di sebalik Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke atas Israel pada Selasa dan ketika rejim Zionis dijangka melakukan tindak balas dalam masa terdekat ini. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *