Propel Global Umum Kerjasama Dengan CSCEC

Propel Global Umum Kerjasama Dengan CSCEC

KUALA LUMPUR – Propel Global Berhad (Propel Global), penyedia perkhidmatan minyak dan gas (O&G), memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan CSCEC The Third Construction Engineering Company Ltd. of China Construction Second Engineering Bureau (CSCEC).

MoU tersebut menyaksikan Propel Global dan CSCEC akan meneroka potensi kerjasama dalam pembinaan infrastruktur kritikal, termasuk pusat data, menara telekomunikasi, hospital, loji rawatan air, dan pelbagai projek komersial, kediaman, perindustrian dan infrastruktur lain.

Ia dibantu dengan pengalaman luas CSCEC, sebagai peneraju global dalam pembinaan dan pembangunan dengan operasi di lebih 100 negara, membawa banyak pengalaman dalam projek pembinaan berskala besar.

Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Propel Global, Angeline Lee berkata, MoU ini menggariskan komitmen untuk mengembangkan langkah di dalam sektor infrastruktur.

“Kerjasama dengan CSCEC membuka peluang menarik untuk Propel Global untuk mengambil bahagian dalam projek infrastruktur yang penting.

“Propel Global berada pada kedudukan yang baik untuk terus memacu pertumbuhan yang mampan dan meningkatkan nilai untuk pemegang kepentingan kami,” katanya di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan tujuan kerjasama itu untuk berkongsi kepakaran bersama dalam kejuruteraan, teknologi pembinaan dan pelaksanaan projek berkaitan.

Kedua-dua syarikat akan menggabungkan kemahiran, sumber dan harta inteleknya untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pembangunan infrastruktur di Malaysia, meletakkan Kumpulan sebagai pemain utama dalam pasaran yang semakin berkembang ini.

Memandang ke hadapan, Kumpulan berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang dalam sektor minyak dan gas Malaysia, terutamanya melalui peningkatan aktiviti huluan dan potensi kesan limpahan daripada projek kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”), serta sektor pembinaan sambil terus memberikan nilai kepada pemegang saham.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *