KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada pukul 3:51 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak 0.1° Selatan dan 122.9° Timur dengan kedalaman 144 km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman web jabatan berkenaan. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252