Tumbuk pengadil, tiga kad merah hiasi drama aksi Aceh bertemu Sulawesi Tengah

Tumbuk pengadil, tiga kad merah hiasi drama aksi Aceh bertemu Sulawesi Tengah

SATU perlawanan bola sepak di Indonesia mendapat perhatian warga maya susulan insiden yang melibatkan seorang pemain Sulawesi Tengah menumbuk kepala pengadil dalam pertandingan Pekan Olahraga Nasional (PON 2024), 14 September lalu.

Sepanjang tempoh 90 minit permainan itu, ia disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi ketika pertembungan kedua-dua pasuka tersebut sedang berlangsung.

Terjahan keras yang dilakukan oleh Wahyu Aiman dan Moh Akbar terpaksa dikenakan kad merah menyebabkan skuad Sulawesi Tengah bermain dengan sembilan orang.

Malang berganda buat Sulawesi Tengah apabila dihukum sepakan penalti berpunca daripada pemain Aceh, Muhammad Nur Mahyuddin, yang dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-95.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Keputusan kontroversi itu mengakibatkan pemain tengah Sulawesi, Muhammad Rizki Saputra, bertindak memukul kepala wasit (pengadil) permainan, Eko Agus Sugiharto, sekali gus rebah ke padang dan diberi rawatan pantas oleh pegawai perubatan.

Astri Arena melaporkan, kelakuan pemain tersebut mencetuskan kemarahan penyokong Aceh yang mula membaling objek ke dalam padang sebagai bantahan terhadap apa yang berlaku.

Rizki kemudiannya dilayangkan kad merah ketiga pasukan Sulawesi sejurus perlawanan bersambung semula sebelum penjaga gol menyelamatkan sepakan penalti yang diterima pasukan Aceh.

Namun, Aceh menerima satu lagi sepakan penalti yang disempurnakan Akmal Juanda untuk mengikat kedudukan 1-1 dan membawa Aceh ke peringkat seterusnya susulan Sulawesi Tengah enggan meneruskan perlawanan. – ND

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *